Sebelum 1963 terdapat tiga buah sekolah di bandar Bintangor ia itu SRJK Kai Chung, SRK Abang Amin dan SRB St Augustine.SRK Abang Amin adalah sekolah beraliran Bahasa Inggeris manakala SRJK Kai Chung beraliran Bahasa Cina. Di sekolah-sekolah inilah tempat ibu-bapa di kawasan Bandar Bintangor menghantar anak-anak mereka bersekolah.
Walau bagaimana pun, situasi ini berubah pada tahun 1963 apabila tertubuhnya " Binatang Town School". Ini adalah satu keputusan yang telah di buat oleh Majlis Daerah Meradong. Pada ketika itu, penguasa semua sekolah rendah beraliran Bahasa Inggeris adalah dibawah pendtadbiran Majlis Daerah Binatang. Keputusan diambil untuk menubuhkan sekolah ini adalah disebabkan kesesakan bilangan murid darjah satu di semua sekolah dalam pentadbirannya bagi menampung bilangan murid-murid yang yang kian bertambah.
Binatang Town School bermula sejarahnya dengan membuka sebuah kelas darjah satu pada tahun 1963 dibawah bangunan Majlis Daerah Binatang. Gurubesar pertama ialah Encik Micheal Yong Yu Ing. Pada tahun 1964 dua buah kelas dibuka dibawah tadbiran Majlis Daerah Binatang. Gurubesar pada tahun itu ialah Encik James Tu Leh Chung. Pada 1965 sebuah lagi kelas di bina disebelah kiri dan dua kelas lagi menggunakan bilik kelas yang sebelumnya digunakan oleh SMK Binatang berdekatan dengan gelanggang tenis Pejabat Daerah Meradong.
Pada penghujung tahun 1965, murid-murid dan gurunya berpindah ke bangunan sekolah baru yang telah dibina dan terletak di 0.5 kilometer, Jalan Kelupu Bintangor sehingga ke hari ini. Seterusnya pada 7 Oktober 1966, hari pembukaan rasmikan oleh seorang Ahli Parlimen Yang Berhormat Sandom ak Nyuak (Temenggong).
Sekolah ini menukarkan namanya kepada "Council Town School" pada tahun 1969 dan kepada SRK Binatang Town atau SRK Bandar Binatang apabila semua sekolah-sekolah rendah kepunyaan Majlis Daerah Meradong diambil alih oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1974.
No comments:
Post a Comment