Program ini adalah julung-julung kali diadakan di SKBB. Ia diadakan setiap hari Isnin dari jam 7.00 pagi sehingga 7.15 pagi. Program selama 15 minit merangkumi senaman-senaman ringan yang bertujuan untuk memberi semangat sebelum memulakan kerja serta sessi pengajaran dan pembelajaran kepada semua warga SKBB selain untuk menyihatkan tubuh badan setelah berehat sepanjang hujung minggu.
