Pada hari ini, satu sejarah telah tercipta buat warga SK Bandar Bintangor kerana setelah sekian lamanya menggunakan blok yang sedia ada telah mendapat bangunan yang baharu. Bangunan ini sudah sedia digunapakai setelah majlis perasmian dan penyerahannya yang berlangsung tengah hari tadi oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya.
Projek bangunan baharu ini menggunakan sistem IBS atau Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System) yang telah bermula pada akhir September 2019 dan siap sepenuhnya menjelang Januari 2020, 2 bulan lebih awal dari jangkaan asal.
Keadaan blok kelas yang sudah siap sepenuhnya
Bangunan baharu ini terdiri daripada 2 blok kelas, 1 tandas guru dan murid serta 1 tangki air. 2 blok kelas ini termasuk dengan 8 bilik kelas di mana, setiap kelas telah disediakan dengan meja dan kerusi bagi murid dan guru.
No comments:
Post a Comment