Dunia telah digemparkan dengan penularan satu virus yang telah menyebabkan pandemik iaitu COVID-19. Maka, kerajaan Malaysia telah bertindak dengan membuat langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan ini dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara. Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.