Featured Post

Tuesday, 17 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Price County Reports First COVID-19 Positive Case | WXPR

Dunia telah digemparkan dengan penularan satu virus yang telah menyebabkan pandemik iaitu COVID-19. Maka, kerajaan Malaysia telah bertindak dengan membuat langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan ini dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara. Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Oleh yang demikian, sekolah juga terkesan dengan penutupan serta merta sehingga keadaan pulih seperti biasa. Jadi, semua pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat secara atas talian di rumah. Pelbagai kaedah yang telah dibuat oleh pihak guru seperti Google Classroom, penggunaan media sosial Whatsapp dan Telegram dan juga inisiatif TV Pendidikan. Semoga usaha-usaha ini dapat membantu setiap murid dalam mendapatkan ilmu sepanjang tempoh PKP.

Google Classroom EspaƱol - Marketing Branding

WhatsApp revamps Groups to fight Telegram | TechCrunch

No comments: