Featured Post

Monday, 13 January 2020

Program Morning Vibes

Program ini adalah julung-julung kali diadakan di SKBB. Ia diadakan setiap hari Isnin dari jam 7.00 pagi sehingga 7.15 pagi. Program selama 15 minit merangkumi senaman-senaman ringan yang bertujuan untuk memberi semangat sebelum memulakan kerja serta sessi pengajaran dan pembelajaran kepada semua warga SKBB selain untuk menyihatkan tubuh badan setelah berehat sepanjang hujung minggu. 






Program ini juga kesinambungan kepada aktiviti panitia PJPK SKBB sebagai penanda aras bagi program mengurangkan obesiti di kalangan murid-murid. Diharap warga SKBB dapat menjayakan Morning Vibes ini seterusnya menjadi budaya menjaga kesihatan diri di kalangan guru-guru, staf sokongan dan juga semua murid SKBB.

No comments: