Featured Post

Sunday, 12 July 2020

Norma Baharu Pergerakan Masuk ke Sekolah



Seperti yang sudah diketahui, seluruh dunia masih belum reda penyakit yang dibawa oleh COVID-19. Namun, setelah hampir 4 bulan, negara kita sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan tidak terkecuali sekolah telah dibuka bagi pelajar kelas peperiksaan awam seperti SPM dan STPM.



Bagi murid lain, hanya pra sekolah yang sudah mula dibuka pada 1 Julai yang lepas. Manakala, bagi kelas yang lain bermula 15 Julai ini untuk sekolah rendah hanya tahun 5 dan tahun 6 sahaja yang dibuka. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah membuat satu demonstrasi berkaitan dengan panduan pergerakan masuk ke sekolah untuk norma baharu dalam bentuk video.



Diharap dengan video panduan ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada ibu bapa dan penjaga tentang tatacara menghantar anak-anak ke sekolah mengikut SOP(Standard of Procedure) yang telah ditetapkan oleh KKM dan KPM.

Semoga kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini bersama-sama.

Tuesday, 30 June 2020

Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah

Blog Cikgu Zahidi: (Sekolah) Tarikh pembukaan sekolah selepas cuti PKP

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembukaan penuh sekolah untuk sekolah rendah bagi Tahun 5 dan Tahun 6 adalah pada 15 Julai 2020. Manakala bagi Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada 22 Julai 2020. Memandangkan negeri Sarawak cuti pada tarikh 22 Julai tersebut sempena hari Sarawak, jadi ia akan dibuka pada hari seterusnya iaitu pada 23 Julai. 

Semoga dengan pembukaan sekolah ini, pihak sekolah bersama ibu bapa dapat memastikan anak-anak murid dapat mematuhi SOP dan penjarakkan semasa berada di sekolah di musim PKPP ini.

Tuesday, 17 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Price County Reports First COVID-19 Positive Case | WXPR

Dunia telah digemparkan dengan penularan satu virus yang telah menyebabkan pandemik iaitu COVID-19. Maka, kerajaan Malaysia telah bertindak dengan membuat langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan ini dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara. Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Monday, 17 February 2020

Selamat datang ke SK Bandar Bintangor GB

Tanggal 17 Februari 2020, warga SK Bandar mengalu-alukan kedatangan guru besar baharu, Encik Saini bin Ason. Beliau yang berasal dari Perepat, Kabong berpindah dari SK Sg Gemuan.

Serba sedikit mengenai latar belakang Encik Saini. 
Pernah berkhidmat selama 33 tahun di beberapa buah sekolah antaranya:

  • SK Long Busang, Belaga (1987 - 1989)
  • SK Hj Bollah, Kaba (1989 - 1992)
  • SK Skim B, Meradong (1992 - 2002)
  • SK Ng Maong, Julau (2002 - 2009)


Beliau juga pernah menyandang jawatan guru besar di SK Ng Ju, Julau (2009 - 2012), SK To Eman, Kabong (2012 - 2017) dan SK Sg Gemuan (2017 - 2020) sebelum menyambungnya di SK Bandar Bintangor.

Harapan beliau sepanjang perkhidmatannya di sekolah ini adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan prestasi akademik yang baik dari tahun lepas dan juga menambah baik prasarana yang kritikal di dalam sekolah ini bagi menyediakan kemudahan yang terbaik buat warga SKBB. Semoga di bawah pimpinan beliau ini kita dapat mengecapi pelbagai kejayaan yang dapat mengharumkan nama SKBB.

Sunday, 16 February 2020

Program Jom ke Sekolah

Sekitar jam 7.00 pagi, sekolah telah mengadakan program Jom ke Sekolah yang diadakan serentak di seluruh negara. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Koperal Mohd. Khabarshah dari IPD Meradong.


Bersama Korporal Mohd Khabarshah merasmikan program Jom ke Sekolah 2020