Featured Post

Sunday 16 February 2020

Program Jom ke Sekolah

Sekitar jam 7.00 pagi, sekolah telah mengadakan program Jom ke Sekolah yang diadakan serentak di seluruh negara. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Koperal Mohd. Khabarshah dari IPD Meradong.


Bersama Korporal Mohd Khabarshah merasmikan program Jom ke Sekolah 2020
Program ini yang telah bermula sejak tahun lepas bertujuan untuk mengurangkan aktiviti ponteng serta permasalah sosial dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah. 

Ucapan perasmian oleh Korperal Mohd. Khabarshah dari IPD Meradong


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Bandar Bintangor Encik Saini bin Ason

Ucapan perutusan dari Timbalan Menteri Pendidikan oleh PK Pentadbiran Puan Dayang Mahani

Selain itu, Pegawai Perhubungan Sekolah(PPS) dilantik untuk mewujdkan suasana sekolah yang selamat, membuat lawatan, ceramah atau sesi dialog berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah dengan kerjasama dari pihak PIBG sekolah.

Pemberian cendera hati dari pihak sekolah
Sessi foto bersama Korperal Mohd. Khabarshah

Jadi diharap dengan program ini akan memberi pendedahan dan kesedaran tentang undang-undang kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa dalam melahirkan komuniti sekolah yang celik undang-undang dan mempunyai langkah pencegahan jenayah bagi mengekang kes-kes salah laku dalam kalangan pelajar.

1 comment:

Dayang Mahani said...

Tahniah warga SKBB atas kejayaan dan kerjasama padu daripada semua..