Featured Post

Monday 17 February 2020

Selamat datang ke SK Bandar Bintangor GB

Tanggal 17 Februari 2020, warga SK Bandar mengalu-alukan kedatangan guru besar baharu, Encik Saini bin Ason. Beliau yang berasal dari Perepat, Kabong berpindah dari SK Sg Gemuan.

Serba sedikit mengenai latar belakang Encik Saini. 
Pernah berkhidmat selama 33 tahun di beberapa buah sekolah antaranya:

  • SK Long Busang, Belaga (1987 - 1989)
  • SK Hj Bollah, Kaba (1989 - 1992)
  • SK Skim B, Meradong (1992 - 2002)
  • SK Ng Maong, Julau (2002 - 2009)


Beliau juga pernah menyandang jawatan guru besar di SK Ng Ju, Julau (2009 - 2012), SK To Eman, Kabong (2012 - 2017) dan SK Sg Gemuan (2017 - 2020) sebelum menyambungnya di SK Bandar Bintangor.

Harapan beliau sepanjang perkhidmatannya di sekolah ini adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan prestasi akademik yang baik dari tahun lepas dan juga menambah baik prasarana yang kritikal di dalam sekolah ini bagi menyediakan kemudahan yang terbaik buat warga SKBB. Semoga di bawah pimpinan beliau ini kita dapat mengecapi pelbagai kejayaan yang dapat mengharumkan nama SKBB.

Sunday 16 February 2020

Program Jom ke Sekolah

Sekitar jam 7.00 pagi, sekolah telah mengadakan program Jom ke Sekolah yang diadakan serentak di seluruh negara. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Koperal Mohd. Khabarshah dari IPD Meradong.


Bersama Korporal Mohd Khabarshah merasmikan program Jom ke Sekolah 2020

Friday 14 February 2020

Ceramah Keselamatan Penggunaan Elektrik

Pihak Sarawak Energy telah mengadakan ceramah keselamatan penggunaan elektrik kepada murid-murid serta staf SK Bandar Bintangor. 
Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penggunaan elektrik serta menunjukkan langkah-langkah yang betul mengendalikan alatan elektrik. Tanpa mengambil kira keselamatan, perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti kebakaran, renjatan elektrik dan sebagainya.

Majlis Perpisahan Guru Besar SK Bandar Bintangor

Hari ini menjadi hari yg mendukacita buat warga SK Bandar Bintangor atas perpindahan guru besar, En Fathi bin Haji Tar yang akan ke stesen yang baharu.

Monday 10 February 2020

Program Ziarah Cakna

Program Ziarah Cakna telah dilancarkan serentak di seluruh negara termasuk SK Bandar Bintangor. 
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani multual distrust sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi menguatkan hubungan antara sekolah dengan ibu/ bapa penjaga.

Sunday 9 February 2020

Mesyuarat Agung PIBG 2020

Sekitar mesyuarat agung PIBG SK Bandar Bintangor bagi tahun 2020 yang telah diadakan pada 8hb Feb 2020. 
Barisan Jawatankuasa Tertinggi PIBG SK Bandar Bintangor sessi 2019/2020

Friday 7 February 2020

Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan Baharu SK Bandar Bintangor

Pada hari ini, satu sejarah telah tercipta buat warga SK Bandar Bintangor kerana setelah sekian lamanya menggunakan blok yang sedia ada telah mendapat bangunan yang baharu. Bangunan ini sudah sedia digunapakai setelah majlis perasmian dan penyerahannya yang berlangsung tengah hari tadi oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya. 

Ucapan perasmian oleh YB Tuan Baru Bian

Plak Penyerahan Bangunan Bilik Darjah