Featured Post

Monday 10 February 2020

Program Ziarah Cakna

Program Ziarah Cakna telah dilancarkan serentak di seluruh negara termasuk SK Bandar Bintangor. 
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani multual distrust sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi menguatkan hubungan antara sekolah dengan ibu/ bapa penjaga.


Sekitar majlis pelancaran
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Bandar Bintangor
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Bandar Bintangor
Pemberian cendera hati

Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Bele anak Undau di dalam majlis pelancaran pada pagi tadi.

Sekitar program Ziarah Cakna di rumah panjang Rh. Selat
Perbincangan bersama ibu bapa murid

Setelah majlis pelancaran, Guru Besar, En Fathi bersama-sama YDP PIBG, Encik Bele serta barisan penolong kanan, guru bimbingan kaunseling dan guru kelas telah menziarah rumah seorang murid tahun 6 untuk membincangkan perkembangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid ini di sekolah.

Penyerahan sumbangan kepada ibu bapa murid

Semoga program ini dapat meneruskan nilai-nilai murni dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara sekolah dan ibu bapa/ penjaga dari semasa ke semasa.

No comments: