Featured Post

Thursday 2 January 2020

Hari Pertama Persekolahan Sessi 2020

Selamat kembali ke sekolah. Setelah sebulan lebih bercuti pada akhir tahun lepas, SKBB telah memulakan hari pertama dengan perhimpunan pertama pada tahun 2020. Ucapan alu-aluan oleh guru besar SK Bandar Bintangor, Encik Fathi bin Haji Tar mengalu-alukan kedatangan warga SKBB. Beliau juga berharap agar sessi persekolahan pada tahun ini akan beroleh kejayaan dan kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah mahupun bidang ko-kurikulum.


Pada masa yang sama, warga SKBB juga kehilangan 2 guru yang akan berpindah ke sekolah lain iaitu Ustaz Zahrul bin Marthan yang akan berpindah ke SK St Augustine dan Cikgu Mohd Akmal Asyraf yang akan berpindah ke SK Ng Strass. Semoga kedua-dua rakan guru ini akan sentiasa mengekalkan kecemerlangan di tempat baharu.

No comments: