Featured Post

Monday, 6 January 2020

Program Memberus Gigi

Program memberus gigi adalah salah satu program kelolaan unit HEM SKBB dan juga Klinik Kesihatan Gigi SKBB yang diadakan semasa rehat. Semua murid diwajibkan membawa berus gigi beserta ubat gigi masing-masing. 



Doktor gigi sedang memberi ceramah tentang kesihatan gigi kepada warga murid SKBB

Sebelum itu, ceramah akan diberikan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi sepanjang hari dan mengelakkan gigi daripada diserang penyakit oral.


Doktor gigi menunjukkan langkah-langkah memberus gigi pada replika gigi kepada murid-murid tahun 1

Murid-murid tahun 1 yang baru mengikuti program memberus gigi

Setelah taklimat, semasa rehat program ini dimulakan dengan bimbingan daripada doktor gigi dan dibantu oleh seorang peniup wisel dan pembantu dari kalangan murid. Wisel ini ditiup bertujuan supaya semua murid-murid dapat memberus gigi dengan serentak dan diiringi dengan langkah-langkah memberus gigi oleh doktor gigi.

Diharap program ini memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa pentingnya fungsi gigi di dalam kehidupan seharian dan penjagaannya. 

No comments: